
Foto: alyah81
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dirinya pernah melalui saat-saat sukar apabila berat badannya mencecah hampir 70kg pada satu ketika. Namun kini, Datin Alyah berasa syukur dengan perkembangan kesihatannya yang semakin baik.
Alyah hilang 18 Kilogram
Foto: alyah81
Menerusi perkongsian di laman IG, Alyah memuat naik dua keping foto yang memaparkan perbezaan susuk tubuhnya sebelum dan selepas menjalani pembedahan bariatrik.
Masa tu saya start sakit-sakit kaki terutama lutut, ada sesetengah waktu saya macam rasa sesak nafas dan saya sering lapar ketika tengah malam.
Bukan tak berdiet semua dah cuba, segala produk pon saya cuba. Sampai ada waktu tu saya muntah hijau dan sering sakit dibahagian ulu hati.
Alyah juga mendedahkan dia terpaksa menolak banyak undangan persembahan kerana mengalami kesukaran bernafas ketika ingin bernyanyi.
Ramai yang kata (kan muda lagi takkan lah). Tapi itulah hakikatnya.Yang saya alami sebelum ini.
Kesihatan makin baik
Foto: alyah81
Menurut Alyah, berat badannya berjaya turun sehingga 52 kilogram selepas menjalani pembedahan. Alyah juga memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah dan berterima kasih kepada doktor yang merawatnya. Difahamkan, doktor yang merawat Alyah merupakan seorang pakar bedah bariatrik yang terbaik dia Asia Pasifik.
Yang saya nak cerita ni bukan saiz besar ke saiz kecik atau dari angka berat ke angka ringan.
Tapi dari kesukaran yang pernah saya alami dulu ia semakin membaik dan ada yang sudah tidak kelihatan lagi.
Sumber: alyah81





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)