Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak di luar batasan apabila sanggup menikam isteri dan ibu mentuanya dalam satu kejadian di Chabang Empat, Tumpat kelmarin.

Tikam isteri, ibu mentua

Sekadar gambar hiasan

Insiden tersebut dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara suspek dan isterinya sehingga membawa kepada pergaduhan. Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, suspek kemudian bertindak agresif dengan menikam isteri dan ibu mentuanya menggunakan dua bilah pisau.

Susulan daripada insiden itu, mangsa yang berusia 20-an dan ibunya, 60-an yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

Isteri suspek mengalami retak dan luka di bahagian kepala, patah dua jari tangan serta luka di beberapa bahagian anggota badan manakala ibu mentuanya pula luka di kepala akibat ditikam suspek.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai melarikan diri dan pada keesokan paginya, suspek cuba terjun dari tingkat 31 sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan. Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah kemudian berjaya ditahan pihak polis. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro