berita

Hargai Hasil Seni Anak Murid Pendidikan Khas, Guru Lelaki Ini Sanggup Pusing Satu Sekolah Jadi Model!

May 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar hal-hal berkaitan akademik, tetapi juga membantu pelajar mencungkil serta mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati. Seorang guru yang dikenali sebagai Muhamad Fazri Hassan, sanggup memakai baju hasil seni anak muridnya sewaktu berada di sekolah.

Menerusi Twitter Fazri Hassan, kemeja yang dipenuhi lukisan itu merupakan salah satu hasil projek Pendidikan Seni, 10 orang anak muridnya. Menurutnya, hasil tersebut sangat bermakna kerana murid-muridnya itu berasal dari Program Pendidikan Khas. Wow kreatifnya!

Menghargai usaha lagi penting

Menurut Fazri, demi menghargai hasil seni anak muridnya, dia sanggup berpusing satu sekolah untuk menunjukkan hasil seni tersebut kepada warga sekolah.

Bersama rakan sekerja dan staf kantin

Antara foto yang diambil sewaktu berpusing di sekitar sekolah, dengan mak cik kantin pun ada!

Inilah pereka design baju

Tiga hari nak siapkan design

Kesemua pelajarnya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan design baju mereka.

Inspirasi Maisarah

Antara inspirasi rekaan anak muridnya ialah rakan kelas sendiri.

Sumber: Fazri Hassan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×