Viral di laman Twitter mengenai penahanan seorang lelaki yang dipercayai berpunca dari tindakannya memuatnaik tweet berunsur penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).
TMJ menerusi laman sosialnya memberi respon berhubung dakwaan kaitannya dengan penahanan lelaki tersebut.
#FreePipiyapong trending
Foto lelaki dikenali sebagai Pipiyapong yang berbaju lokap dipercayai tangan bergari viral di laman sosial tengah hari tadi. Seorang pengguna Twitter kemudiannya menujukan tweet bertanyakan kepada TMJ sama ada beliau terlibat dengan penahanan itu.
TMJ kemudiannya memberi respon dan memaklumkan Istana Johor tidak pernah membuat laporan berkenaan isu sebegitu sejak dari dulu lagi. Ujarnya lagi, laporan berkenaan berkemungkinan dibuat pihak lain.
Tun M turut respon
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut memberi respon berkenaan isu itu dengan mengatakan tiada pemimpin negara bebas dari kritikan. Tambahnya lagi, kebebasan bersuara adalah sebahagian dari demokrasi asalkan tidak membabitkan fitnah, ugutan dan penghinaan raja-raja.
Sumber: TMJ, Tun Mahathir