berita

Setahun Lebih Nikah, Aksi Pengantin Bancuh Makanan Anak Di Majlis Sanding Tarik Perhatian – ‘Anak Sekali Naik Pelamin’

October 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pasangan pengantin mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka dan hanya melaksanakan majlis akad nikah sahaja.

Pengantin sediakan makanan bayi

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan momen seorang wanita yang lengkap memakai busana pengantin sibuk menyediakan makanan bayi di majlis persandingannya. Video pendek tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Hairul Azmeer yang juga merangkap suami kepada pengantin perempuan berkenaan.

Menurut Hairul, dia dan isteri sudah bernikah hampir setahun lebih sehingga mempunyai seorang anak namun baru sekarang mereka berkesempatan membuat majlis persandingan. Siapa sangka, gelagat spontan si isteri yang dirakam Hairul mendapat hampir 3 juta tontonan.

Anak dah 7 bulan. Nikah bulan 4 tahun lepas.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir netizen mempersoalkan mengapa pengantin dan tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka. Hairul menjelaskan bahawa ketika rakaman tersebut diambil, hanya ahli keluarga dan saudara terdekat sahaja yang berada di situ untuk mengemas memandangkan majlis sudah selesai.

Video TikTok

Respon netizen

Sumber: Hairul Azmeer

SKIP THIS AD ×