Acara balapan sering menjadi perhatian untuk mengetahui siapakan manusia terpantas dalam acara tersebut. Pelbagai aksi-aksi yang menarik boleh disaksikan bagi peserta menempah nama sebagai juara.
Namun ada satu aksi luar biasa yang ditunjukkan oleh seorang atlet dari Amerika Syarikat, Ifinite Tucker yang menyertai acara lari berhalangan. Dia yang kelihatan tidak mahu menyerah kalah itu terbang menjatuhkan badan ketika menghampiri garisan penamat.
Tak menyerah kalah
https://www.youtube.com/watch?v=DznEZ7QjdPk
Menerusi Harian Metro, insiden itu berlaku ketika dia bersaing dalam acara 400 meter lari berhalangan di Kejohanan Padang dan Balapan (SEC) di Texas, Amerika Syarikat. Dia memiliki jiwa yang kental dan bersungguh untuk menjadi juara dalam acara tersebut.
Aksi Superman membuahkan hasil
Aksi Superman dari Tucker ini membuahkan hasil apabila dia berhaya tiba paling awal di garisan penamat yang membolehkannya meraih gelaran SEC mengatasi rakan sepasukannya. Dia menamatkan musim kemarau kejuaraan selepas hanya menamatkan saingan di tempat kedua pada tahun 2017 acara yang sama.
Lihat. Saya lari dengan menutup mata saya sehingga pagar ke-10.
Kemudian saya membukanya, saya nampak ibu (ma) di garis penamat dan terus melompat untuk memeluknya,” kata Tucker selepas perlumban.
Ya, begitulah pengakhirannya.
Sumber: Harian Metro