![[VIDEO] Lelaki Ini Pilih Lamar Kekasih Guna ‘Power Point’, Bentang Plan Lepas Kahwin Depan Keluarga Mentua](https://media.ohbulan.com/2021/09/lamar.jpg)

Perjalanan menuju ke bahtera rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Kadangkala ada saja halangan yang perlu dilalui sebelum menuju ke hari bahagia.
Namun kerana sehaluan dan sanggup berkorban apa sahaja, rata-rata pasangan berjaya melepasi dugaan tersebut. Baru-baru ini, tular kisah cinta seorang lelaki bersama pasangannya di media sosial.
Lamar guna ‘power point’
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Yasher Fadhli, memaparkan dia sedang melamar kekasihnya di hadapan bakal mentuanya.
Kebiasaannya, lelaki akan melamar kekasihnya dengan memberi cincin, tetapi tidak untuk lelaki ini. Tampil dengan cara agak berbeza, dia melakukan ‘presentation’ seperti pelajar di universiti.
Dalam ‘presentation’ tersebut, dia menjelaskan bagaimana kehidupan mereka selepas berkahwin.
Ramai kagum dengan idea rare


Perkongsian yang dibuat itu telah memukau ramai orang. Rata-rata wargamaya di ruangan komen kagum dengan keberanian dan kebijaksanaan lelaki itu.
Malah, ada dalam kalangan lelaki bujang yang meminta agar lelaki tersebut berkongsi ‘point’ penting yang telah dibentangkan untuk digunapakai di masa depan.
Sumber: Liputan6, Instagram @yasherfadhli





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
