Kadang-kadang berbelanja boleh membantu mengurangkan stress, betul tak? Reward diri sendiri la katakan. Bagi orang berbelanja hanya untuk cari kepuasan diri macam min, kedai yang selalu menjadi pilihan tak lain tak bukan, Ninso!
Dekat Ninso ada lebih 100,000 barang yang korang boleh beli dan setiap satunya cuma berharga RM 2.10. Memang puas shopping dekat sini, pertama sebab murahlah. Banyak pilihan. Seronok la rasa.
Bukan apa, kadang-kadang kita ni bosan tak tau nak pergi mana tapi dalam masa yang sama nak berbelanja maka Ninso adalah pilihan yang tepat. Boleh dapat banyak barang walau korang hanya spend RM 10 ja.
Cawangan baru dekat Selayang!
Apa yang bestnya, sekarang Ninso dah buka outlet baru dekat Selayang bermula 3 Ogos ni. Waktu operasi pula bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ini bermakna kalau tak sempat datang semasa weekend, lepas balik kerja tu korang boleh je curi-curi singgah.
Outlet dekat Selayang ni besar gila. Luas dan kemas je interior Ninso ni. Mudahlah untuk korang cari barang. Ye la! Semuanya dibahagikan mengikut seksyen tertentu. Tak la serabut macam sesetengah kedai tu.
Ada kafe untuk minum-minum!
Selain tu, Ninso cawangan Selayang ni sangat istimewa sebab diorang ada kafe kecil. Harga minuman dekat sana bermula dari RM 1 je, Kalau korang dah penat berjalan boleh singgah minum dulu. Awesome kan?
Aneka barangan! Dari yang kecil sampai yang besar!
Untuk pengetahuan korang dekat Ninso ni, korang boleh cari sekecil-kecil barang macam pemadam kepada sebesar-besar barang macam besen air. Semuanya hanya pada harga RM 2.10. Puas hati la datang sini, macam-macam boleh cari.
Cakap je korang nak cari apa? Makanan? Barang dapur? Barang untuk bilik air? Alat tulis? Semuanya ada. One stop centre la katakan. Yang penting harga tu terbaik di pasaran. Dah la tu, parking yang disediakan pun besar. Tak de la nak berebut parking.
Cuma perlu Like dan Share Untuk Menang Hadiah Percuma!
Sempena dengan pembukaan outlet Ninso dekat Selayang ni, diorang ada buat pelbagai giveaway untuk korang. Antara produk yang korang akan dapat termasuklah belon Ninso , ais krim, tisu, ball pen dan minuman dalam tin. Apa yang korang kena buat cuma like dan share post diorang.
** Tertakluk pada terma dan syarat
Bagi korang yang berbelanja RM50 ke-atas, korang akan dapat satu free token untuk digunakan di toys Vending Machine. Dekat dalam tu ada banyak toys comel-comel yang korang boleh menang, best kan?
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom serbu Ninso Selayang hari ini jugak dan lihat sendiri apa yang diorang tawarkan pada korang hanya pada harga RM 2.10. Jimat wei shopping sini! Berbaloi-baloi! rugi tak singgah.
Facebook: Ninso WM
Website: Ninso WM
Ninso Selayang
Tarikh pembukaan: 3 Ogos 2019
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam
Alamat: No 22A, JALAN 2A/2B, TAMAN DESA BAKTI, SELAYANG 68100 KUALA LUMPUR