Siapa yang tidak kenal dengan pelakon manis, Mira Filzah yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Pelakon drama Adellea Sofea ini dikhabarkan sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.
Identiti bakal tunang Mira Filzah ini juga seakan sudah dihidu apabila muncul buat kali pertama di hadapan khalayak ramai iaitu di majlis resepsi Farah Nabilah malam tadi.
Berjaya mencuri hati Mira Filzah
Individu yang dikenali sebagai Wan Emir Astar ini merupakan seorang artikek dan memiliki firma seni bina. Dia juga merupakan seorang anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid.
Bapanya pula adalah Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad merupakan bekas Ahli Parlimen yang sama. Allahyarham telah meninggal dunia dalam insiden helikopter di Sarawak pada tahun 2016 lalu.
Malah, difahamkan juga lelaki ini merupakan kawan lama kepada Mira Filzah sewaktu zaman belajar dahulu. Hubungan persahabatan mereka terputus selepas Wan Emir melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Bersama anak ahli parlimen?
Terpulang untuk mereka membuat andaian
Walaupun pelbagai spekulasi tercetus, Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi respon lanjut terhadap status hubungan ini kerana dianggap peribadi. Malah, tindakan ini adalah untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.
Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.
Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah. Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.
Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga.
Sumber: BH Online, Mira Filzah