![[VIDEO] Penunggang Motosikal Terpaksa Block Jalan, Usir Pemandu ‘Buat Bodoh’ Lalu Jalan Motor](https://media.ohbulan.com/2020/06/kereta-ikut-loromg-moto.jpg)

Penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya naik berang apabila sebuah kereta mewah jenis SUV menggunakan laluan motosikal sekaligus mengganggu perjalanan mereka. Walaupun hon dibunyikan berkali-kali, pemandu tersebut tetap meneruskan perjalanan.
Bahayakan penunggang motosikal
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1275625630537617409
Menerusi Twitter Mohd Redzuan, kenderaan tersebut telah memasuki lorong motosikal sebelum diarahkan berhenti oleh penunggang motosikal disitu. Dia kemudiannya diarahkan keluar dari lorong tersebut atas faktor keselematan.
Polis buru pemandu kereta

Kita akan mengambil tindakan lanjut berkaitan kejadian ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihak polis sedang giat mengesan pemandu kenderaan tersebut. Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nama sebuah syarikat. Selain itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Sekyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Mohd Redzuan, Harian Metro







