Sebelum ini viral di media sosial pelancong dari China yang telah membuang air besar di pantai Port Dickson. Terbaru sekali lagi sikap kotor pelancong China yang tidak bertamadun ini. Namun apa yang lebih mengejutkan kejadian itu berlaku di kawasan umum yang mempunyai ramai orang.
Menerusi BBC News, sepanjang 100 meter pantai Boracay akan ditutup untuk pembersihan selepas viralnya satu video pelancong China viral di media sosial yang menunjukkan pelancong tersebut sedang menanam lampin pakai buang yang dipakai anaknya di pantai Pulau Borocay, Filipina.
Tanam lampin dalam pasir laut
https://www.facebook.com/137776526396323/posts/1303962796444351?s=100000923602075&v=e&sfns=mo
Kejadian itu sempat dirakam oleh orang tempatan dan telah tular di media sosial. Rakaman video berdurasi 0.39 saat ini menunjukkan dua wanita tersebut bersama seorang kanak-kanak berada di tepi pantai.
Namun apa yang lebih mengejutkan apabila salah seorang wanita dilihat sedang menanam lampin pakai buang kanak-kanak tersebut di tepi pantai berkenaan. Sementara seorang lagi wanita berbaju hitam sedang membersihkan kanak-kanak itu menggunakan air laut.
Pura-pura tak dengar
Walaupun terdapat ramai orang dan pelancong di sekitar pantai namun pelancong China ini dengan tanpa rasa bersalah telah melakukan perbuatan jijik itu. Menurut perkongsian Hazel Ann, wanita yang ada dekat tepi pantai cuba memanggil mereka ke tepi pantai namun pelancong China ini pura-pura tidak dengar dan terus pergi semula ke air untuk membersihkan kanak-kanak itu.
Menerusi twitter Yannimira juga turut mengatakan terdapat banyak tong sampah di kawasan berhampiran namun pasir pantai juga yang dipilih.
Pantai Boracay ditutup 3 hari
https://www.facebook.com/abscbnNEWS/videos/2424546987805873/
Walau bagaimanapun, Setiausaha Pelancongan Bernadette Romulo-Puyat telah mengesahkan pihak berkuasa akan menutup kawasan pantai berkenaan selama tiga hari untuk tujuan pembersihan.
Aktiviti berenang dan berkaitan dengan pantai akan diberhentikan buat sementara untuk tujuan pembersihan dan kami akan mengesan kawasan lampin yang ditanam. Kawasan ini sedang digali.
Pada tahun lepas, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan agar Pulau Boracay ditutup kepada pelancong selama enam bulan disebabkan kebimbangan terhadap keadaan alam sekitar di kawasan tersebut.
Sumber: BBC News, Yannimira, ABS-CBN New, Boracay Island