Sebagai seorang ikon fesyen, penampilan Wak Doyok sering kali menjadi perhatian warganet malah ada yang menjadikannya sebagai contoh.
Artikel Berkaitan: Nak Berniaga Tak Salah, Create Your Own Brand – Jutawan Barang Ciplak Dicekup, Ini Respon Wak Doyok
Artikel Berkaitan: ‘Kau Tet** Nak Terkeluar Siapa Yang Nak?’ – Wak Doyok Komen Gadis ‘Terpaling Kelab Malam’
Fesyen Wak
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Wak Doyok kelihatan segak mengayakan fesyen ‘old money’ yang menjadi trend di media sosial ketika ini.
Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor menyarung sepasang sut berwarna hitam dan memakai aksesori iaitu jam, cincin dan cermin mata sambil menghisap curut.
Old money with style.
Walaupun buruk tapi sentimental value.
Selain itu, antara yang menarik perhatian adalah sebuah kereta antik Volkswagen Karmann Ghia yang dipandu usahawan berusia 45 tahun tersebut.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan yang digayakan oleh Wak dan menyifatkannya sebagai seorang yang mempunyai kelas tersendiri dalam berfesyen.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh dengan bertanya adakah Wak mempunyai impian untuk memiliki bangunan TRX atau menjadi Perdana Menteri.
Sumber: TikTok Wak Doyok