Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang. Namun, keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa ini dengan harga rumah yang tinggi menyukarkan orang untuk memiliki aset ini.
Justeru, membeli rumah pada usia muda agak mustahil kerana banyak komitmen yang perlu ditanggung disamping gaji yang tidak begitu lumayan.
Jangan mudah tertipu
Menerusi twitter Iffat Salleh ada kongsikan tentang pengalamannya memiliki rumah di usia muda yang menyebabkan dia menyesal sepanjang hidupnya. Apa yang berlaku sebenarnya?
Cukupkan gaji dulu
Memiliki sebuah rumah bermakna anda perlu membelanjakan separuh daripada gaji untuk membayar bil api, bil air, cukai dan sebagainya. Memang ianya nampak sedikit tapi jika dikira semula, berkemungkinan gaji anda tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan ini.
Banyak yang developer sembunyikan
Faktor pekerjaan tetap dan keadaan kawasan persekitaran juga perlu diambil kira sebelum membeli rumah.
Plan betul-betul
Namun, ada juga yang berniat untuk membeli rumah kemudian sewakan supaya tiap-tiap bulan boleh dapat income. Akan tetapi, perkara ini bukan mudah kerana banyak masalah yang berkemungkinan akan terjadi seperti terpaksa menanggung kos kerosakan rumah sewa tersebut serta perbelanjaan lain.
Jangan dengar cakap orang
Tidak salah untuk membeli rumah di usia muda namun seeloknya selidik lah dahulu kebaikan dan keburukan yang bakal ditanggung pada masa akan datang sekiranya memiliki rumah pada usia muda.
Sumber: Iffat Salleh