

Pelbagai inisiatif dilancarkan kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan Tabung Musa’adah Covid-19 untuk meringankan beban mereka yang terkesan secara langsung akibat wabak itu. Laporan satu portal berita melaporkan sumbangan hanya akan digunakan untuk membantu mangsa beragama Islam sahaja mencetuskan salah faham netizen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan perkara itu menerusi Twitternya pada Selasa.
Tabung untuk yang memerlukan

Dr Zulkifli berkata, tabung itu tidak dkhususkan untuk Muslim sahaja namun disalurkan bagi mereka yang memerlukan seperti frontliner yang bertungkus-lumus bekerja mengawal wabak ini.
Lebih RM20 juta tanpa kira bangsa dan agama

Mohon kenyataan dibetulkan dan tuntut permohonan maaf

Pembantu editor nafi kesilapan

Pembantu editor berita portal berkenaan, Zurairi A.R membalas komen seorang pengguna mendakwa laporan di pihaknya bukan satu kesilapan, namun mendakwa Dr Zulkifli tersalah cakap (misspoke) dan telah menjelaskan perkara tersebut.
Nafi dakwaan portal, sertakan bukti

Bukti https://t.co/qHEAKJGprV
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 24, 2020
Dr Zulkifli kemudiannya menafikan komen Zurairi berkenaan dan menyertakan bukti video sidang media pelancaran tabung tersebut.
Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri







