Sebelum ini, premis makanan milik suami pelakon, Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi terbakar menyebabkan bahagian dapur hangus. Ada dakwaan mengatakan mereka sengaja mencetuskan kemalangan itu untuk menuntut bayaran insurans namun dinafikan mereka.
Terbaru, menerusi Instagram Story, tangan Fizul Nawi dilihat sedang digari selain kemunculan sebuah van dipercayai milik imigresen. Setakat ini, tiada sebarang penjelasan lanjut dari mana-mana pihak namun mereka memohon supaya urusan mereka dipermudahkan.
Permudahkanlah urusan hamba mu
Beserta gambar tersebut, turut ditulis kapsyen ringkas, ‘Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini’.
Kapsyen dan foto ini turut menjadi tanda tanya netizen dan ingin mengetahui motif usahawan tersebut ditahan pihak berkuasa Imigresen itu.
Mahkamah dunia boleh dibicara
https://www.instagram.com/p/B1pw5SuDhI-/
Akaun Instagram Fizul Nawi turut memuatnaik sekeping foto menyaksikan tangannya telah pun digari. Dia hanya meninggalkan kapsyen ‘Mahkamah dunia boleh dibicara. Mahkamah akhirat tepuk dada tanya jiwa’ telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Malah, rata-rata netizen mendoakan agar urusan Fizul Nawi dipermudahkan.
Dugaan
Isteri kepada usahawan ini, Nadya Syahera turut memuatnaik video dengan kapsyen ‘Dugaan’. Video tersebut menyaksikan kedua tangan Fizul Nawi telah pun digari dan masih kelihatan menunggu di ruang kaki lima pejabat.
Sampaikan kena gari
Kes Imigresen
Fizul Nawi hanya menjawab isu ini berkaitan dengan ‘kes imigresen’ di ruangan komen apabila ditanya motif penahanannya. Sehingga kini, masih belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pasangan suami isteri ini.
Sumber: Fizul Nawi, Nadya Syahera