Sejak dimaklumkan gelongsor air terpanjang di dunia bakal dibuka di Pulau Pinang, ramai yang mula teruja dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri. Apa yang menariknya, gelongsor ini berjaya mengatasi rekod dunia dan bakal dibuka pada Ogos ini.

Namun, di ruangan komen netizen mula ‘troll’ gelongsor air ini yang boleh dikatakan agak jauh sepanjang 1.140 kilometer. Berdekah kami gelak bila masing-masing dah mula bersuara!

Mengatasi rekod dunia

Menurut Sim Choo Kheng, gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu dijangka siap pada fasa ketiga ‘Gravity Play’, hujung bulan depan dan akan mengatasi rekod dunia 0.602km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015.

Gelongsor itu yang dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’ dan wakil daripada Guinness World Records akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan dunia.

Macam highway duke

Sampai bawah anak dah boleh cakap

Takut ada toll je

Boleh singgah KLCC terus

Sumber : Twitter