Sebelum ini, penyanyi Sufie Rashid dikatakan mempunyai masalah peribadi dengan ibunya sendiri, Irma Suriana Mahmud selepas bertunang dengan gadis pilihan pada 15 Disember lalu. Walaubagaimanapun, punca sebenar salah faham tidak dapat diketahui ekoran Sufi memilih untuk kunci mulut.
Terbaru, menerusi Facebook wanita itu sekali lagi meluahkan rasa kecewa mendakwa diperlakukan seperti penjenayah ketika majlis perkahwinan anaknya. Hal ini berpunca apabila ada pihak dikatakan cuba menghalang mereka sekeluarga untuk memasuki dewan majlis tersebut.
I’m still his mother
https://www.facebook.com/ISM.DELIGHTS/videos/10220324920575234/
Walaupun mulanya kehadiran saya, anak-anak dan besan di halang masuk oleh anasir jahat yang tak sepatutnya berada di sana, tetapi tetap Allah mempermudahkan segala nya. Kami di sambut mesra oleh MP bagi kawasan kami encik Amrin Amin dan isteri. I’m still his mother. My blood flows in him. Who are you to stop me when you are not supposed to be there!
Sejujur nya saya minta maaf buat semua kenalan dan sahabat2 yg saya tidak kesampaian untuk mengundang anda. Hampa dan remuk di perlakukan begini. Sesungguh nya saya ibu kepada nya dan terang2 nama saya ada di kad undangan itu sabagai mak pengantin. Malangnya setibanya saya, anak-anak serta menantu, kami di perlakukan seperti penjenayah yang ingin merosakkan majlis itu. Saya di tahan dan di halang untuk masuk. Sedangkan itu ialah majlis satu2 nya anak lelaki saya.
Menghasut semua keluarga
Memang naluri ibu tidak pernah salah. Di sebalik yg berlaku, ada anasir-anasir jahat yang memainkan peranan besar untuk menguasai majlis itu dengan menghasut semua keluarga dan menyingkirkan saya dan adik2 nya. Bukan hanya itu, ada tetamu yg menayakan saya tapi anasir jahat menjawab secara biadap. Ada juga yg di soal siapa yang undang? Lalu tamu saya menjawab ‘Mesti lah mak pengantin yg undang, ini kan majlis anak nya’. Jika anda berdepan dgn anasir2 biadap begitu, apa prasaan anda? Dan apa tindakan anda?
Ini pembuka mata buat sesiapa yang telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan fitnah. Bnyak lagi bukti-bukti video sahih rakaman yang jelas berbau fitnah. Selama ini saya hanya berdiam sehingga di perlakukan perbagai penyebaran fitnah. Jangan pernah kejutkan singa yang sedang tidur lena. This time i will not be quiet as i was before. Whatever i share and speak of, i will only speak the truth. InsyaAllah. This happened just after we walked out of the lift at the walk way towards the entrance. If there’s camera there, pls play back and have a good look at it.
Semua ada dan tiada siapa terkecuali
Menerusi laporan Harian Metro, Sufie memberitahu bahawa majlis perkahwinan yang berlangsung di Singapura pada 28 September lalu, seluruh keluarganya akan terlibat dan tiada siapa terkecuali. Tambahnya, hubungan ibunya dan kesemua adik beradik yang lain turut baik. Sufie juga turut memberitahu bahawa dirinya tidak takut berdepan sebarang kontroversi selagi yakin dirinya berada di pihak benar.
Sumber: Irma Mahamud & Harian Metro