Selepas beberapa hari siasatan lanjut dijalankan, polis akhirnya menemui kepala dua beranak mangsa pembunuhan kejam yang berlaku di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam Melaka. Kepala wanita dan kanak-kanak lelaki itu ditemui di atas loteng rumah dua tingkat yang dihuni mereka sekeluarga.
Perbuatan kejam ini menerima pelbagai respon daripada netizen. Walaupun kes masih dalam siasatan polis, rata-rata mengutuk perbuatan keji suspek yang tidak berperikemanusiaan.
Diserang netizen
Di Facebook, laman sosial suspek berasal dari Singapura ini dihujani komen bertubi-tubi daripada netizen. Mereka mengecam tindakan kejam suspek yang dipercayai membunuh isteri dan anak tiri yang baru berusia 11 tahun.
Mohon henti komen
Susulan daripada itu, seorang individu yang dipercayai adik suspek memohon orang ramai supaya berhenti meninggalkan komen negatif. Menurutnya, tidak usahlah memberikan komen yang tidak membawa sebarang manfaat. Malah, orang ramai tiada hak untuk menentukan sama ada suspek betul atau salah.
Sumber : Siakap Keli , Facebook