Sebut saja sushi pasti korang teringat negara Jepun kan? Maklumlah sushi merupakan makanan tradisional negara tersebut namun ianya digemari oleh ramai orang di seluruh dunia. Diperbuat daripada nasi bercuka dan diletakkan inti campuran seperti ikan salmon, telur dan makanan laut, makanan ini boleh dimakan secara mentah mahupun diperam.
Menerusi Twitter Niki Lauda, lelaki ini berkongsi pelbagai fakta menarik mengenai cara pemakanan yang betul ketika korang makan sushi. Jom baca!
How to eat sushi in the right way
Hanya wasabi dan kicap
Cara nak cut rasa wasabi
Kenali jenis-jenis sushi
Di samping tips yang diberikan, korang perlu mengenali jenis-jenis sushi kerana setiap jenis sushi itu ada cara tertentu untuk makan. Antara sushi yang korang patut kenali ialah sashimi, nigiri, maki, temaki dan uramaki. Cara untuk makan sashimi, korang perlu menggunakan chopsticks. Sapukan sedikit wasabi atas sashimi kemudian cicahkannya bersama kicap.
Nigiri pula sejenis nasi cuka bersama ikan atau daging mentah di atasnya. Cara memakannya menggunakan tangan dan bahagian ikan atau daging mentah dicicah dengan kicap. Jangan pula korang cicah di bahagian nasi. Ingat, bukan tenggelamkan sushi itu dengan kicap. Hanya bahagian atasnya sahaja dicicah. Manakala untuk sushi gulung pula, anda boleh memakannya dengan menggunakan tangan atau chopsticks. Cicah sushi pada kedudukan menegak untuk elakkan sushi tenggelam denga rasa masin kicap.
Sumber: Niki Lauda