Viral di media sosial mengenai gelagat seorang penunggang motosikal yang dikatakan merajuk di sebuah stesen minyak sehingga mencuit hati netizen.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku kerana pekerja di stesen minyak tersebut tersalah ‘set’ pam.
Pelanggan merajuk
https://www.facebook.com/ikbmcrew/videos/416596198990482/
Video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Firdaus Moetar dengan kepsyen ‘Merajuk selepas staf salah ‘set’ pam, maafkan kesilapan kecil kami ini’ sebelum ianya viral dan dikongsikan oleh pengguna Facebook yang lain.
Menerusi video tersebut dilihat seorang pelanggan di stesen minyak itu merajuk dan enggan berganjak daripada kedudukannya walaupun telah dipujuk oleh pekerja disitu. Selepeas mengisi minyak, pekerja itu kemudian mengalihkan motosikal pelanggan itu ke bahagian tepi.
Gelagat pelanggan yang enggan berganjak dari kawasan itu menyebabkan pekerja stesen minyak tersebut bertindak datang semula kepadanya untuk memujuk. Walau bagaimanapun, pelanggang tersebut menunjukkan tanda protes dengan membelakangkan pekerja tersebut.
Comelnya…
Perkongsian ini telah mendapat perkongsian sebanyak 241, 000 tontonan oleh warga Facebook. Rata-rata daripada mereka terhibur dengan gelagat pelanggan di stesen minyak berkenaan. Ada juga diantara mereka yang tertanya-tanya apakah kesudahan ‘drama’ merajuk ini.
Sumber: Firdaus Moetar, Facebook