Bintang terkenal Korea, Cha Eun Woo telah mengadakan sebuah perjumpaan bersama kelab peminatnya baru-baru ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. Perjumpaan ‘Just One 10 Minute Show’ itu dimeriahkan dengan persembahan nyayian Eun Woo.
Menerusi Twitter Hani Fadzil, penyampai radio tersebut memuat naik video persembahan Eun Woo ketika menyanyikan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ nyanyian asal Aizat Amdan. Ternyata video yang dimuat naik itu mendapat pujian daripada netizen termasuk Aizat yang memuji kelunakan suara bintang Kpop itu.
I was extremely excited
Eun Woo sang in Malay guys!!!!!Pardon my shaky fan cam as I was extremely excited that CHA EUN WOO decided to sing a Malay song by @MuhdAizatAmdan titled “Sampai ke Hari Tua”!!!! ?? #hahanyhallyu #hahanyfancam @ERAdotje #chaeunwooinkl #chaeunwooinmy #justone10minute pic.twitter.com/v7PzX3NMeg
— Hani Fadzil (@hanybunch) October 27, 2019
Menerusi video berdurasi 0:52 saat, ahli kumpulan Astro, Cha Eun Woo itu menyanyikan lagu milik Aizat Amdan ‘Sampai Ke Hari Tua’ dengan gayanya tersendiri. Walaupun sebutan lirik Bahasa Melayu tersebut masih kedengaran sedikit pelat, persembahan Eun Woon ternyata mencuri tumpuan netizen termasuk Aizat. Menurut Aizat, dia berterima kasih kepada Eun Woo kerana sudi menyanyikan lagunya. Tambahnya, suara penyanyi tersebut sangat menakjubkan.
Pandai dia pilih lagu
Sumber: Hani Fadzil & Aizat Amdan