Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna Twitter yang meluahkan rasa tidak adil mengenai soalan ‘spot’ kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terutama sewaktu peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM.
Segelintir netizen mendakwa soalan ‘spot’ itu dikatakan serupa dengan solan peperiksaan sebenar. Selain itu, ada juga yang mendakwa, pemberian soalan bocor tersebut adalah untuk menjaga nama baik sekolah.
Belajar rujuk soalan tahunan yang lepas
Walau bagaimanapun, pengguna Twitter Mad Nor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Berdasarkan pengalamannya sebagai seorang alumni SBP, dia tidak pernah mendapat soalan bocor dari para guru. Malah dia sentiasa mengulangkaji pelajaran dengan merujuk kepada soalan tahun sebelumnya dan juga soalan semasa percubaan. Teknik pembelajaran ini sedikit sebanyak membantu dirinya dalam peperiksaan.
Jika tak usaha macam mana nak berjaya
Di samping itu, dia turut menjelaskan bahawa tiada jurang pemilihan untuk sesebuah sekolah itu untuk berjaya dalam peperiksaan. Ianya hanya bergantung kepada usaha pelajar itu sendiri. Hal ini berikutan jika seseorang pelajar itu tidak berusaha untuk berjaya, maka sukar untuk dia berjaya.
Soalan ramalan berdasarkan analisis
Selain itu, soalan ramalan yang diberikan kepada para pelajar bukan soalan bocor. Ianya atas inisiatif cikgu tersebut yang membuat analisis tahunan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
Nak result gempak, pergi study
Sumber: Mad Nor