![]()
Sesungguhnya daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai pesawat MH17 yang didakwa terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia tengah malam tadi.
Menurut laporan Sinar Harian, pesawat yang membawa seramai 295 orang penumpang dari Amsterdam itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.
Namun, ajal maut di tangan Allah SWT. Terkesima dengan insiden itu, para selebriti turut meluahkan rasa sedih dan simpati mereka di laman sosial.
![]()
Antara selebriti terawal yang prihatin dengan insiden MH17
Namun, apa yang lebih menyayat hati, menerusi laporan Astro Awani, MH17 dikatakan terhempas angkara ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu pada ketinggian 33,0000 kaki atas udara (10,000 meter) di kawasan ruang udara Ukraine.
Untuk makluman, kawasan di mana pesawat MH17 dilaporkan terhempas ialah kawasan yang menjadi tempat pertempuran antara tentera Ukraine dan kumpulan pemisah pro Rusia.
![]()
Status laman Twitter Datuk Seri Najib Razak pada 12.30 tengah malam tadi
Bagaimanapun, setakat jam 1 pagi, masih belum ada pengesahan mengenai informasi ini daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Apapun, takziah diucapkan buat keluarga mangsa.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)