Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kita harus percaya dengan kewujudan alam ghaib dan makhluk halus. Namun ada juga sesetengah orang diberikan kelebihan melihat dan merasai kehadiran mereka.
Seperti pengalaman seram yang dikongsi pelajar semester 3 sebuah universiti tempatan ini. Dia beberapa kali melihat makhluk halus yang menjelma dalam bentuk manusia. Paling menyeramkan apabila ada ‘budak’ kecil yang mengikutnya sampai ke bilik kolej kediaman!
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik
Menceritakan pengalaman pertama kali dikacau, gadis ini memberitahu ada seorang makcik tua mengetuk pintu bilik menawarkan mereka makanan. Jelasnya lagi, biliknya paling hujung berdekatan dengan hutan yang menyeramkan. Sejak daripada itu, dia mula ‘dihantui’ bayangan menakutkan.
Nampak budak kecil badan berdarah
Ketika berada di studio menyiapkan tugasan, dia melihat seorang kanak-kanak berambut kerinting dan badan berdarah. Tanpa berfikir panjang dia segera pulang ke kolej kediaman dan cuba untuk tidur tetapi beberapa kali melihat bayangan ketika mahu ke tandas. Paling menakutkan, katilnya bergoyang seperti ada kanak-kanak yang bermain di atas tilam.
Meracau-racau histeria
Dia berterusan diganggu sehingga meracau dan histeria. Dengan bantuan rakan asrama, dia dirawat ustaz dan diberikan cuti selama seminggu untuk berehat di rumah.
Lalu jalan belakang nak ke asrama
Dia juga mendedahkan pernah lalu jalan belakang menerusi tasik dan hutan untuk menyelinap masuk ke kolej kediaman. Sejak dari itu juga, dia mula diganggu dengan teruk.
Sumber : twitter