Hajat mempertahankan pingat emas untuk Kelas B Putra (50-55kg) Sukan SEA tidak kesampaian apabila pesilat negara Muhammad Faizul M Nasir rebah dan dikejarkan ke hospital. Namun, apa yang menimbulkan kemarahan adalah kelambatan pihak penganjur bertindak merawat Faizul.
Lawan pesilat tuan rumah
Dah jatuh brader tu, disepaknya lagi muka.
Bukan main kau punya lagak. Bukan main. pic.twitter.com/tn54JCDILM
— ?? XI????? (@RimauXI) December 3, 2019
Berita RTM menerusi Twitternya memuatnaik aksi bagaimana Faizul diterajang di bahagian muka oleh pesilat Filipina Dines Dumaan. Setelah itu, Faizul dilihat memegang mukanya sambil menahan sakit. Pasukan perubatan bagaimanapun membiarkan Faizul tanpa bergegas dibawa keluar gelanggang.
Faizul dilihat terbaring lebih 3 minit tanpa tindakan sementara wasit sedang mengira markah. Faizul kecundang besar dengan mata 5-0 kali ini. Atlet negara itu kemudiannya dihantar ke hospital berhampiran Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay – Hospital James L Gordon.
Sudah sedar
Pengurus pasukan silat negara, Zaihan Mohd Isa ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan Faizul sudah sedarkan diri.
Dia sudah sedar tapi masih dalam keadaan lemah.
Tambah Zaihan, atlet negara itu sudah dipindahkan ke Pusat Perubatan Clark City, Pampanga.
Saya dimaklumkan oleh pegawai ISN (Institut Sukan Negara) yang Faizul sudah sedar. Sekarang saya berada di hospital menunggu keputusan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) dan kemudian baru dapat melawatnya.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro, Berita RTM