berita

‘Tolong Selamatkan Saya’ – Alami Tekanan Teruk, Kang Daniel Akui Penat Dengan Haters

December 4th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa tak kenal dengan Kang Daniel, bintang K-Pop yang boleh dikatakan agak cemerlang dalam industri seni. Malah, namanya terus naik selepas memasuki kumpulan Wanna One dengan mempunyai jumlah pengikut 1 juta di Instagram dalam masa yang singkat.

Namun kejayaannya sering sahaja dikritik oleh netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat. Terbaru, bintang K-Pop ini dikhabarkan mengalami tekanan yang melampau selepas meluahkan perkara itu di fan cafe rasminya.

Dihentikan promosi selama 9 bulan oleh agensi

Walaupun pelbagai kejayaan diterima, namun Kang Daniel terus dihentam sejak viral kisah cintanya bersama Jihyo ahli kumpulan TWICE. Kisah cintanya bukan lagi asing apabila Daniel pernah mengisyaratkan hubungannya dengan Jihyo pada Anugerah Cakera Emas Tahunan ke-33 pada 5 Januari lalu.

Dalam pada itu, satu laporan eksklusif dari Sport Seoul mendedahkan bahawa Kang Daniel didiagnosis dengan kemurungan pada awal tahun ini selepas melalui beberapa insiden, seperti tuntutannya dengan LM Entertainment.

Ekoran kes saman itu, agensinya menghentikan rangka promosi terhadapnya. Walau bagaimanapun, pada September 2019, tuntutan mahkamah itu ditarik balik oleh Kang Daniel dan dia berjaya menyambung semula promosi seperti biasa.

Saya sangat penat. Mengapa susah sangat? Memang sukar bagi saya. Tolonglah saya

Baru-baru ini, Kang Daniel membuat kemunculan semula solo dengan “TOUCHIN” dan juga mengambil trofi di Show The SBS MTV, namun dia sempat menyatakan kekecewaannya terhadap komen buruk mengenai dirinya sepanjang tahun ini di satu laman web khas untuk peminatnya.

Penyanyi itu bercakap tentang bagaimana dia letih dan bergelut dengan pelbagai khabar angin di sekelilingnya dan kebencian daripada anti-peminat.

Tolong selamatkan saya

Beberapa mesej ini jelas menunjukkan Kang Daniel sememangnya dalam tekanan yang melampau. Malah pada konsert terakhirnya juga bersama Wanna One. Pelbagai komen buruk dari anti-fan mengenai dirinya. Sehingga kini pelbagai kata kata semangat buat dirinya di laman Instagram miliknya.

Kami sayangkan anda

Sumber : Kstar Live

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×