Seorang doktor yang dikenali Dr. Raihana Ismail mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada membeli makanan daripada peniaga yang tidak mengamalkan etika pengendalian makanan yang betul.

Artikel Berkaitan: Tular Foto Keadaan Terkini Wajah Cik Epal, Dr. Raihana Tak Sangka Jadi Makin Teruk – ‘Ambil Sedikit Masa Untuk Sembuh’

Artikel Berkaitan: Dr Raihana ‘Back Up’ Cik Epal, Perjelas Kulit Ambil Masa Untuk Reflek Selepas Dicakar – ‘Bengkak Itu Datang Sebab Proses Radang’

Elak beli

Menerusi perkongsian di Threads, Dr. Raihana berkata keracunan makanan bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana ia mampu mendatangkan kesan buruk pada kesihatan.

Elakkan lah beli kalau penjual tiada suntikan typhoid, kursus pengendalian makanan pun tidak ambil.

Keracunan makanan bukan perkara mainan.

Bukan setakat cirit dengan muntah, tapi boleh bawa kepada dehidrasi teruk, komplikasi buah pinggang, malah maut.

Jangan buat main-main dengan makanan yang tidak selamat.

Dr. Raihana mengulas perkara itu selepas seorang individu tampil mengatakan terkena keracunan makanan selepas membeli pizza daripada usahawan popular.

Penting jaga kebersihan

Sementara itu, Dr. Raihana turut menegaskan bab kebersihan makanan turut dititikberatkan dalam Islam.

Katanya, penjual dan pembeli juga memainkan peranan penting selain mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam urusan jual beli.

Kalau peniaga tidak jujur dalam hal-hal penting, susah nak yakin dia jujur dalam bab kebersihan makanan.

Kalau saya, saya tidak akan beli daripada red flags. Sebab saya sayang usus saya.

Islam ajar jaga kebersihan, jaga amanah, termasuk amanah bagi orang makan.

Bila orang jual makanan, dia bukan jual makanan tu sahaja, dia jual tanggungjawab.

Dan kita sebagai pembeli pun ada tanggungjawab: guna akal, bukan ikut nafsu perut.

Jelasnya, tiada kompromi yang akan diberikan sekiranya melibatkan bab kebersihan makanan walaupun penjual merupakan seorang yang popular.

Kita makan untuk hidup sihat, bukan jadi mangsa marketing.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang individu yang membeli pizza usahawan terkenal mendakwa terpaksa dikejarkan ke klinik kerana mengalami masalah kesihatan seperti muntah dan cirit-birit.

Sumber: Threads