Pelakon dan usahawan Datin Atikah Suhaime menjelaskan sebab memilih untuk mengendong anaknya, Lyla Mulan Teh sepanjang masa ketika bercuti di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’

Ada sebab…

Menerusi komen di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi suaminya, Datuk Lokman Teh mengalami perkara pelik apabila diganggu oleh entiti yang menyerupainya.

Jelas Atikah, kejadian berlaku apabila dia berada di dalam tandas dan entiti tersebut mengganti tempatnya di dalam bilik.

Kalau bukan saya dan pembantu yang gendong, ada ‘yang lain’ gendong.

Suami cerita dia kena kacau. Pukul 4 pagi, suami dengar saya cakap dengan dia nak gendong Mulan sambil jalan-jalan dekat luar.

Suami saya pelik sebab tengok jam pukul 4 pagi. Peha dia kena tindih dengan ‘benda’ itu dan ‘benda’ tu nak ambil Mulan.

Semasa itu saya di tandas. Nasib baik selepas saya keluar tandas ‘benda’ tu hilang dan suami terus boleh bangun.

Atikah berkongsi perkara itu selepas seorang individu menasihatinya supaya tidak menjadikan tabiat mengendong anak kerana ia memberi kesan pada masa akan datang.

Dakwa individu itu, apabila sering mengendong anak ia akan menjadi kebiasaan di mana anak akan sentiasa mahu didukung.

Sebelum ini, pelakon drama Si Kolot Suamiku itu singgah di Bentong bersama keluarga Lokman kerana mahu meluangkan masa bersama.

Sumber: TikTok