
Penuh ‘plot twist’ dan lebih banyak kejutan menggila, drama rantaian popular di platform TikTok, Di Sebalik Permata kembali untuk musim kedua.
Artikel Berkaitan: Lebih Sarat Dengan Emosi, Sekuel Drama Aku Bukan Ustazah Yang Dinantikan Kembali Esok!
Artikel Berkaitan: 5 K-Drama Wajib Tonton Tahun 2025 Yang Confirm Buat Korang Nak ‘Binge’ Tak Berhenti!
Banyak ‘plot twist’

Bakal membuat penonton larut dalam emosi, drama arahan Faiz Munir itu menerima sambutan hebat penonton pada hari pertama siarannya, 6 Jun lalu.
Faiz berkata, sebanyak tiga episod baharu akan ditayangkan di platform @tiktokdramamalaysia setiap hari dan setiap episod menjanjikan konflik percintaan yang lebih hebat berbanding musim pertama.
Selepas drama Di Sebalik Permata musim pertama menerima maklum balas iaitu dengan lebih 70 juta tontonan di TikTok, ramai peminat yang bertanya bila sambungan drama ini akan keluar.
Kami akui banyak lagi jalan cerita Di Sebalik Permata yang boleh diterokai dan kami rasa ini masa yang tepat untuk kami menyambung kisah Natasya dan Rayhan, tapi kali ini dengan konflik lebih berat dan emosi lebih mendalam.
Penonton tak senang duduk

Sementara itu, Penerbit, Mantayay Sdn Bhd percaya netizen pasti tidak akan senang duduk dan setia menanti tayangan episod seterusnya.
Kalau musim pertama pun sudah buat ramai penonton berperang di ruang komen, musim kedua ini mungkin lebih menggila.
Kami bawakan elemen yang lebih gelap, manipulasi, fasa hilang ingatan, cinta toksik, dan watak baru yang misteri.
Setiap episod direka dengan ‘cliffhanger’, jadi bersedialah, sebab banyak ‘plot twist’ pada musim baharu ini yang boleh buat netizen tak tidur malam.
Tambahnya, besar harapan pihak penerbit untuk Di Sebalik Permata 2 menerima sambutan yang baik memandangkan drama itu disertakan dengan elemen dan jalan cerita yang lebih menarik berbanding musim pertamanya.
Musim kedua Di Sebalik Permata adalah penghargaan kami buat semua penonton yang setia sejak episod pertama.
Kami tahu ramai yang menjadi peminat watak Natasya dan Rayhan. Kali ini kami bawakan kisah yang lebih berani, lebih emosional, dan penuh kejutan.
Harapan kami agar setiap episod bukan sekadar ditonton, tapi untuk dikongsikan! Kami tak sabar nak tengok reaksi TikTok bila klimaks musim ni ditayangkan.
Di Sebalik Permata 2 dibarisi pelakon seperti Putri Damia, Mizy Razuan, Umar Mukhtar dan Jeremy Bong.
Sinopsis

Natasya, lakonan Putri Damia, hilang ingatan dan diculik oleh bekas teman lelakinya yang obsesif, Akmal (Mizy Razuan). Akmal memanipulasi Natasya untuk mempercayai mereka masih dalam hubungan.
Dalam pada itu, Rayhan (Umar Mukhtar), suami kepada Natasya yang benar-benar mencintainya, perlu berjuang untuk memenangi kembali kepercayaannya, membongkar kebenaran, dan menyelamatkannya dari penipuan.
Ketika bertarung dalam fasa yang penuh kekeliruan, Natasya juga bertemu dengan jejaka baharu. Dengan siapakah Natasya akan bersama pada akhirnya?
Kesudahannya pasti mengejutkan penonton dan ia menjangkakan reaksi yang pelbagai dari pengikut drama ini di TikTok.
Adegan penuh emosi, pengkhianatan, pendedahan yang tidak dijangka dipercayai mampu menarik perhatian ramai penonton. Jalan ceritanya yang sukar diduga juga mampu mencetuskan perbualan hangat.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

