
Kumpulan Masdo bakal memeriahkan Festival Muzik OOO 2025 yang akan berlangsung di Heritage Valley, Kuala Lumpur pada 1 Julai ini.
Artikel Berkaitan: ‘Harapkan Bulan & Bintang Tapi Yang Kami Dapat Hanyalah Pagar Makan Padi’ – Kugiran Masdo
Artikel Berkaitan: Kugiran Masdo Ambil Langkah Berjaga-Jaga & Telus Soal Duit – ‘Sebagai Satu Kumpulan, Kita Perlukan Kejujuran’
Tempat panas badan

Vokalis MASDO, Ali Sariah, 33, berkata festival ini menjadi tempat untuk mereka memanaskan badan sebelum melakukan konsert sendiri bersempena satu dekad dalam industri yang akan berlangsung pada 30 Ogos depan.
Kami anggap ini merupakan acara ‘panas badan’ sebelum berperang dengan konsert sendiri pada 30 Ogos depan sempena satu dekad penglibatan kami di dalam industri.
Insya-Allah ada sesuatu yang menarik akan kami umumkan kepada semua peminat yang hadir nanti.
Sementara itu, Ali berkata kumpulannya teruja untuk menyertai festival ini kerana barisan penyanyi yang terlibat sangat hebat.
Antara artis lain yang terlibat ialah Noh Salleh, Bunga, Luqman Podolski, Zyanakal, TUJU, Naki, emptypage, Iman Troye, FUGO, Jo Vynn, Priscilla Baby dan Steadygang.
Sebenarnya ada yang menarik perhatian kami untuk menyertai festival ini memandangkan barisan penyanyi yang terlibat juga hebat dan mempunyai pengaruh di dalam industri.
Rugi sekiranya kami tidak turut serta untuk bersama-sama mereka menghiburkan peminat.
Dalam pada itu, Festival Muzik OOO 2025! anjuran OPPO dengan kerjasama Warner Music Malaysia menyatukan gabungan hebat muzik seperti pop, hip-hop, indie dan rock dalam satu malam.
Bukan sekadar konsert biasa, festival ini menandakan pelancaran rasmi siri telefon pintar baharu OPPO Reno yang menggabungkan muzik, teknologi dan gaya hidup dalam satu sambutan serba dinamik.
Hargai artis

Sementara itu, Pengarah A&R Warner Music Malaysia, Raqeem Brian berkata festival ini adalah sebagai satu tanda menghargai bakat barisan artis yang terlibat.
Kami teruja untuk bekerjasama dengan OPPO dalam menjayakan festival yang julung kali diadakan ini.
Festival Muzik OOO 2025 bukan sekadar persembahan artis semata-mata, tapi perayaan budaya moden yang menyatukan muzik, kreativiti dan teknologi.
Festival bakal berlangsung selama lima jam bermula pukul 6 itu tidak hanya menampilkan muzik bertaraf dunia malah menyediakan gerai makanan dan minuman serta pameran interaktif daripada jenama berkenaan.
Lebih menarik, pengunjung boleh berhibur dengan harga tiket serendah RM50.




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
