![[VIDEO] Zynakal Risau Diduga Dengan Kontroversi, Jaga Batas Pergaulan Untuk Elak Gejala Sosial](https://asset.ohbulan.com/2025/06/zynakal.jpg)
Penyanyi Zynakal akui pernah berada di fasa ‘lupa diri’ semasa nama sedang meningkat naik namun dia msentiasa mencari jalan keluar untuk kembali ke pangkal jalan.
Artikel Berkaitan: Artis Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual, Peminat Titip Kata Semangat
Artikel Berkaitan: Zynakal Tak Suka Cipta Gimik Murahan, Tak Kisah Dilabel Artis ‘Suam-Suam Kuku’ – ‘Selesa Dapat Hidup Dengan Cara Sendiri’
Jaga batas pergaulan
Ketika ditemui OhBulan!, Zynakal atau nama lengkapnya Muhammad Raziq Rosli, 27, mengambil inisiatif dengan menjaga batas pergaulan agar tidak terlibat dengan gejala yang tidak bermoral.
Tambahnya, dia segera mencari jalan keluar apabila terasa dirinya dibawa hanyut dengan hiburan di dunia.
Saya pernah ada pengalaman lupa diri.
Waktu itu saya rasa ada segalanya, namun saya cepat sedar dan cari cara untuk mengatasi ujian itu.
Bukan nak cakap saya dah matang tapi mungkin sejak dah meningkat dewasa, saya mula jaga batas pergaulan dengan orang sekeliling.
Zynakal berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Hype Republic yang dijalankan di St Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ujian tuhan

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Sakit’ itu meluahkan rasa risau jika diuji dengan kontroversi seperti isu penyanyi dan pelakon yang ditahan polis kerana terlibat dalam kes amang seksual membabitkan gadis bawah umur.
Saya risau sebab saya sedar diri ini tak sempurna.
Saya pun tak terlepas dari buat kesilapan.
Tapi jika saya diduga seperti itu, mungkin Allah nak tunjuk perangai sebenar saya.
Kita sebagai manusia memang tak lari daripada buat silap.
Terdahulu, seorang penyanyi yang juga merupakan pelakon terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa mendakwa, mereka telah berkenalan di sebuah kafe tempatnya bekerja.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memaklumkan kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).








