Pelakon, Hafidz Roshdi menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dirinya sudah bersara dari dunia hiburan.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Jadi ‘Live Host’ TikTok, Netizen Pakat ‘Support’ Beli

Tak lari dari dunia hiburan

Menurut pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi ini, dia masih lagi aktif dan baru sahaja selesai sesi penggambaran bersama sebuah stesen televisyen swasta pada Jumaat lalu.

Saya tak lari pun dari dunia hiburan malah, saya baru sahaja habis ‘shooting’ bersama sebuah stesen televisyen swasta pada 13 Jun lepas.

Saya masih aktif lagi.

Hafidz berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual bersama @harimaumalaya_hm sejurus selepas tamat perlawanan tinju menentang adik kepada pempengaruh, Yusuf Azmi iaitu Iman Azmi.

Terima kecaman netizen

@harimaumalaya_hm

“Buat apa pun kena kecam, terima kasih netizen! Saya tak lari pun dari dunia hiburan, baru habis shooting!” @hafidz.roshdi #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #twinschampionship #boxing #fury #hafidzroshdi #byoncombat

♬ original sound – Harimau Malaya – Harimau Malaya

Ketika diminta mengulas mengenai kecaman yang diterima daripada netizen, pelakon popular menerusi drama ‘Raisha 2’ memaklumkan bahawa dirinya sudah lali dengan kritikan dan memilih untuk menerima segala komen negatif dengan hati yang terbuka.

Saya nak cakap terima kasih pada mereka sebab tanpa mereka, saya tak ada di sini.

Saya buat apa pun akan kena kecam jadi, saya terima sajalah.

Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan itu (kecaman) adalah di luar bidang kuasa saya.

Sekadar info, nama Hafidz mula menjadi bualan ramai apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan pelakon itu menjalin hubungan dengan wanita lain.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, tiga tahun.

Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 13 Februari lalu.

Sumber: TikTok harimaumalaya_hm