

Siaran langsung sebuah jenama pakaian di TikTok mencuri perhatian apabila jurujualnya merupakan pelakon, Hafidz Roshdi.
Artikel Berkaitan: Didakwa Culas Galas Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Jawab – ‘Anak-Anak Itu Tetap Berbinkan Saya Sebagai Bapa Mereka’
Artikel Berkaitan: Mahkamah Lepas & Bebaskan Hafidz Roshdi Berkaitan Kes Pukul Bekas Isteri
Menjual di TikTok

Menerusi sesi ‘live’ itu, Hafidz atau nama lengkap Muhammad Hafidz Roshdi, 33, sedang mempromosikan beberapa jenis kurta jenama Tuan By Tengku Kery.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga memberi penjelasan mengenai jenis kain, saiz dan warna kurta yang dijualnya.
Aktor itu turut dilihat begitu semangat membaca dan membalas komen-komen penonton yang masuk ke sesi tersebut.
Rata-rata wargamaya juga berasa teruja apabila melihat Hafidz yang menjadi ‘live host’ jenama berkenaan.
Sumber: TikTok








