Pelakon, Datuk Adi Putra menitipkan pesan kepada orang ramai mengenai penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan: ‘Setiap Ramadan Kena Kecam, Dulu Lelaki Itu Sekarang Sekam Di Dada’ – Adi Putra

Manfaatkan penggunaan media sosial

Menerusi TikTok, Adi atau nama lengkapnya Mohamed Hadi Putera Halim yang turut memetik petikan hadis Nabi Muhammad SAW berpesan supaya orang ramai untuk memanfaatkan penggunaan media sosial dengan sebaik mungkin.

Senjata tajam di akhir zaman ini adalah media sosial jadi jauhkan diri dari anasir-anasir negatif.

‘Khairunnas man yanfa`un nas’, sebaik-baik manusia ialah siapa yang paling bermanfaat terhadap manusia yang lain.

Jadi guna dan manfaatkanlah aplikasi tersebut dengan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ turut berpesan kepada pengikutnya untuk mengaktifkan diri dengan aktiviti riadah supaya dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Dah masuk dua minggu saya beriadah dan kurang aktif dalam media sosial.

Jadi, saya nak berpesan kepada anda untuk beriadah dan menjaga kesihatan kerana kalau kita tak sihat macam mana kita nak bekerja.

Jika ada masa dan ruang, ambil peluang untuk beriadah agar kesihatan kita terjaga.

Insya-Allah, riadah di waktu pagi selepas kita menunaikan solat Subuh dan sunat Duha, akan membuatkan rezeki kita terbentang luas seperti lautan dan dibanjiri seperti air hujan.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihat dan pandangan diberikan Adi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memuji Adi yang masih kekal tampan dan sihat dikala usianya sudah mencecah 44 tahun.

Sumber: TikTok Adi Putra