Pelakon, Pablo Amirul tampil mempertahankan kekasihnya, Dr Hana, yang didakwa oleh segelintir netizen hanya menumpang popularitinya untuk meraih perhatian di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pablo Amirul Jumpa Dr Hana Setiap Bulan, Berbaloi Redah Perjalanan 1628KM

Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Bercinta Dengan Dr Estetik Sabah – ‘Ya Allah Terima Kasih Untuk Bidadari Syurga Ini’

Pablo backup Dr Hana

https://www.tiktok.com/@pabloamirulofficial/video/7523254364740340999?_t=ZS-8xnkrnAn5Fa&_r=1

Menjawab dakwaan tersebut, Pablo atau nama sebenarnya Mohd Amirul Zamirrullah menegaskan bahawa kekasihnya itu bukan seperti yang digambarkan dan tidak pernah meminta untuk didedahkan kepada umum. 

Malah, dia sendiri yang memilih untuk berkongsi mengenai hubungan mereka di media sosial.

Seorang susah nak ambil gambar hanya ambil gambar sendiri guna phone dia. Lambat lagi gambar Pablo nak kerap ambil, self obsession! but love her ..she good with editing! (tanpa paksaan)

Mengulas lanjut, pelakon filem Polis Evo itu turut membandingkan pengalaman masa lalu Dr Hana yang pernah berdepan hubungan toksik apabila ada pihak menyebarkan fitnah kononnya wanita itu hanya menumpang populariti. 

Tidak mahu didedahkan sebab tak nak dituduh lagi! Bekas kekasih sebelum ni toksik, sebar kononnya tumpang Hype atau populariti tapi dalam kes saya Hana tak tumpang langsung as pablo sendiri nak expose dia and berkongsi apa kami nak di media sosial. 

Basically she doing good with her own branding dan Pablo bukan macam teman lelaki dia sebelum ni! hanya orang yang tidak berpelajaran je yang akan cakap dekat pasangan dia macam tu. Just not me and we doing good.

Appreciate your beauty and our moment.

You can use mine, tiada Pablo akan cakap ungkit atau you tumpang populariti Pablo sebab Pablo pun tak famous mana. Hanya di kenali sahaja!

Sumber: TikTok Pablo Amirul