Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur dan gembira apabila suaminya, Mohd Fariz Zulkepley ringan tulang membantu menguruskan kehidupan hariannya.

Artikel Berkaitan: Dituduh Sebagai Penyondol, Shakilla Khoriri Ajak ‘Aswad’ Bersemuka – ‘Banyak Nak Sembang Berserta Bukti Ni’

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Berang Ada Individu Mengaku Penjaga Utama Anak & Cuba Daftar Sekolah Tanpa Pengetahuan – ‘Memandai Pula’

Dimanjakan suami

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, berkata disebabkan sifat rajin suami, kehidupannya pada ketika ini menjadi mudah

Suami saya ini betul-betul memanjakan saya.

Kadang terasa mudah betul kehidupan saya diving sekarang ini bila dia uruskan dari A sampai Z.

Segala peralatan yang diperlukan sebelum dan selepas diving dia dah buatkan.

Bimbang

Bagaimanapun, perkara itu membuatkan Shakilla bimbang kerana ia hanyalah sementara dan tidak kekal susulan suami juga merupakan pinjaman daripada Allah S.W.T.

Kadang rasa takut apabila kehidupan berjalan lancar seperti ini.

Takut suatu hari nanti, Allah ambil semula pinjaman ini.

Sekadar info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada Februari 2018 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia.

Namun begitu, hubungan mereka tidak kekal lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.

Pada awal tahun 2024, Shakilla mencuri perhatian ramai apabila mendirikan rumah tangga dengan Fariz. Difahamkan, Fariz seorang duda yang mempunyai seorang anak.

Sumber: Instagram