
Bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainol tampil memberikan respon terhadap teguran yang diberikan oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit mengenai anaknya itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Kasihan Tengok Badan Anak Macam Ini?’ – Jurulatih ‘Fitness’ Tegur Bapa Abang Aji
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Selar Ibu Bangga Anak Obesiti – ‘Bila Besar Berbanding Umurnya, Dia Boleh Kena Kencing Manis’
Penjelasan bapa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Mohd Redzuan menjelaskan bahawa setiap video yang dihasilkan hanyalah untuk konten semata-mata.
Video yang dia makan itu hanya konten, diedit dan tak betul pun. Jangan percaya kepada video itu, saya buat seolah-olah orang percaya sebab saya yang edit.
Abang Aji itu berlakon dan tugasnya menghiburkan orang, kalau yang tak terhibur itu tak perlu tengok.
Agak-agaklah ‘warga asing’ itu pun..nak buat konten ambillah video lain.
Menurut Redzuan dia tampil memberikan kenyataan selepas menerima pelbagai reaksi daripada warganet mengenai teguran tersebut.
Saya bukan nak sombong tapi komen-komen semua pelik.
Saya ini bapanya jadi saya akan jaga dia dengan baik. Satu Malaysia sayang dia, takkan saya tak sayang dia pula.
Pemakanan dipantau

Sebagai seorang bapa, Mohd Redzuan menegaskan bahawa dia bertanggungjawab untuk memantau pemakanan Abang Aji.
Orang yang paling dekat dengan Abang Aji adalah ayah dia, jadi ayahnya pantau semua pemakanan dia.
Makanan-makanan yang Abang Aji makan sihat dan dia makan tak banyak pun.
Dalam masa yang sama, Mohd Redzuan menafikan cara pemakanan Abang Aji seperti orang dewasa malah anaknya itu banyak bergantung kepada pengambilan susu.
Makanan proses dia tak makan, gula-gula dan ais krim pun kadang-kadang sahaja. Memang tak dibenarkan makan jajan di dalam rumah ini.
Dia hanya makan sehari hanya dua kali sahaja. Badannya begitu adalah kerana susu, kalau dia berhenti minum susu, dia akan kurus.
Dia baru berusia empat tahun, takkanlah dia nak makan macam orang dewasa.
Terdahulu, Tareq menerusi sebuah video menyuarakan rasa bimbang terhadap keadaan badan Abang Aji yang mempunyai berat berlebihan di usia yang sangat muda.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

