![[VIDEO] ‘Tak Kasihan Tengok Badan Anak Macam Ini?’ – Jurulatih ‘Fitness’ Tegur Bapa Abang Aji](https://asset.ohbulan.com/2025/07/BapaAbangAjiDitegur.jpg)
Seorang jurulatih kecergasan bernama Tareq Fit membuat teguran terbuka terhadap bapa kepada pempengaruh kanak-kanak yang dikenali sebagai Abang Aji, di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Selar Ibu Bangga Anak Obesiti – ‘Bila Besar Berbanding Umurnya, Dia Boleh Kena Kencing Manis’
Risau tengok Abang Aji
Menerusi perkongsian dibuat, Tareq menyuarakan rasa bimbang terhadap keadaan badan Abang Aji yang mempunyai berat berlebihan di usia yang sangat muda.
Aku nak tanya satu soalan pada ayah dia, ‘Kau tak kasihan ke tengok keadaan badan anak kau macam ini?’.
Aku bercakap sebagai seorang ayah dan aku tak akan terima badan anak aku macam ini.
Keadaan badan dia tak sihat langsung. Memang teruk dan aku yang tengok ini pun kasihan.
Dalam pada itu, Tareq menegaskan adalah menjadi satu tanggungjawab buat ibu bapa mengawal pengambilan makanan yang seimbang dalam diri anak-anak.
Ujarnya, pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang berisiko mendatangkan pelbagai penyakit kepada anak di masa akan datang.
Jangan ikutkan sangat anak. Bila anak korang minta makanan yang tak sihat atau terlebih makan, jangan ikut.
Diaorang tak tahu, yang diorang tahu adalah nak makan saja.
Kau sebagai ayah atau kau sebagai mak, kena bertanggungjawab ke atas keadaan badan anak kau.
Sebab itu aku selalu bagitahu bila anak kau obes, jangan salahkan anak. Salahkan diri sendiri sebab kau yang bertanggungjawab.
Di masa hadapan, bila anak dapat penyakit, kau akan menyesal.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 3,500,000 tontonan dan lebih 106,000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat yang sama dan bersetuju dengan kenyataan Tareq.
Komen netizen



Sumber: TikTok




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)


