Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka peminatnya sanggup memberi hadiah berbentuk wang tunai kepadanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Umum Isteri Hamil Lima Bulan, Dapat Tahu Ketika Bercuti Di Dubai – ‘Baby Skydiving La Ni’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Kongsi Momen Mesra Bersama Isteri, Golongan Ibu Minta Tapis ‘Content’ – ‘Peminat Awak Ramai Budak-Budak’

Terima duit dari peminat

Menerusi muat naik di TikTok, Aqil berkongsi video memaparkan dia menerima hadiah duit sebanyak RM5.50 dan surat tulisan tangan daripada peminat cilik.

Ada peminat beri hadiah nama dia Dayana dan Danish. Mereka beri dompet tetapi dalam dompet ada duit sekali.

Ibu bapa awak bagi duit untuk belanja di sekolah dan kalau ada duit lebih boleh simpan.

Menurut Aqil, dia lebih gemar jika peminatnya datang tanpa membawa sebarang hadiah kerana bimbang akan menyusahkan mereka.

Dalam pada itu, Aqil sempat berseloroh berkata dia juga tidak memerlukan hadiah wang kerana sudah mempunyai sumber kewangan dan kemampuan yang mencukupi.

Sila mesej (DM) saya sebab nak pulangkan duit yang awak beri.

Saya akan pulangkan dua kali ganda dari wang yang awak beri tu.

Sumber: TikTok