Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menafikan dakwaan dirinya merupakan salah seorang daripada kumpulan penunggang basikal yang didakwa menghalang laluan sebuah bas awam di Kuala Selangor, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Batal Hasrat Berbasikal, Elak Bergaduh Dengan Pengguna Jalan Raya

Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al-Quran, Netizen Puji Usaha Mendidik Anak

Tidak terlibat

Menerusi muat naik di Threads, pemilik nama Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menjelaskan perkara itu susulan gambarnya memakai pakaian sukan dikaitkan dengan sekumpulan penunggang basikal hingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Gambar saya selfie penat naik bukit dan gambar sebelah aktiviti mereka berbasikal tu tiada kaitan.

Saya komen aktiviti mereka ni merbahaya dan basikal saya pun dah lama saya pulangkan kepada tuan asal.

Alasannya sebab bila kayuh saya rasa menganggu pemandu kereta dan motor. Itu baru kayuh seorang, kalau ramai-ramai lagi rasa bersalah.

Sementara itu, Ryzal berkata dia tidak menyalahkan segelintir warganet yang tidak melakukan usul periksa terlebih dahulu.

Kata Ryzal, dia juga tidak mengambil hati dengan komen negatif yang ditujukan kepadanya.

Baju pula nak sama, habis keliru.

Tidak mengapalah yang komen macam-macam dalam perkongsian itu sebab mereka tidak tahu dan saya tidak ambil hati pun.

Sebelum ini, tular video menunjukkan sekumpulan penunggang basikal bergaduh dengan seorang pemandu bas di Bestari Jaya, Selangor, dipercayai akibat pemandu tersebut tidak berpuas hati dengan laluan yang digunakan oleh mereka.

Dalam masa yang sama, Ryzal mendedahkan tidak lagi aktif dalam sukan berbasikal kerana mahu mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mencetuskan pergaduhan dengan pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, orang ramai telah menyalahgunakan gambar Ryzal dan mengaitkannya dengan sekumpulan penunggang basikal yang viral itu.

Sumber: Threads