
Pelakon meningkat naik Razin Qidran memberikan respon berhubung sebuah video aib yang didakwa mirip wajahnya.
Artikel Berkaitan: Juara Hero Remaja 2023 Dedah Ketinggian Jadi Bahan Ejekan, 170cm Dianggap Tak Sesuai Jadi Pelakon – ‘Orang Itu Cemburu & Dengki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Larang Jefri Nichol Terlibat Dengan Adegan ‘Dewasa’
Jawapan Razin

Ketika ditemui OhBulan!, Razin atau nama lengkapnya Razin Qidran Noor Hisham menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak ambil pusing tentang isu tersebut malah dia kekal optimis meskipun namanya terpalit.
Benda-benda macam ini saya tak ambil tahu pun. Kalau ada, adalah..kalau tiada, tiadalah.
Kalau ada yang bercakap hal positif tentang saya, saya ambil. Begitu juga untuk perkara negatif, saya tetap akan mengambil nilai positif juga dari situ.
Pada saya perkara ini tiada apa-apa pun dan saya tidak mahu ambil tahu.
Razin berkata demikian semasa lawatan media ke set penggambaran drama terbaharunya yang dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Khamis.
Zaman fitnah
Menurut bekas peserta Hero Dewi Remaja 2023 itu, teknologi yang canggih juga boleh menjadi medium bagi individu yang tidak bertanggungjawab untuk bertindak menyebarkan fitnah.
Bagi saya pada zaman ini macam-macam boleh jadi, terutama bila adanya teknologi AI.
Saya tetap akan fokus kepada pekerjaan, jika ada yang hendak burukan tentang saya, biarkan sahaja.
Bagaimanapun, aktor berusia 26 tahun itu tidak akan berdiam diri andai dia mengetahui siapakah dalang disebalik dakwaan penyebaran video berkenaan.
Kita kena menjadi seorang yang baik tetapi bila ada orang ‘usik’ kita, kita kena ‘tunjuk’.
Kata orang, orang yang baik jahatnya mungkin akan menjadi lebih teruk berbanding orang lain.
Dalam perkembangan lain, Razin kini giat menjalankan penggambaran drama Puteri Kelas Atas yang berkisarkan tentang seorang puteri raja yang merahsiakan identitinya dan hidup sebagai pelajar biasa dia sebuah sekolah berasrama penuh.
Selain Razin, drama ini juga membariskan pelakon-pelakon lain antaranya Azri Safix, Jay Iskandar, Mokhtar Mohsin, Saddiq Jamil, Shakimin dan ramai lagi yang bakal ditayangkan di platform Viu.








