berita

Juara Hero Remaja 2023 Dedah Ketinggian Jadi Bahan Ejekan, 170cm Dianggap Tak Sesuai Jadi Pelakon – ‘Orang Itu Cemburu & Dengki’

December 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aiman Ameer

Juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer mendedahkan dia pernah menerima persepsi tidak baik daripada segelintir pihak mengenai ketinggiannya.

Artikel Berkaitan: Aiman Ameer & Nurel Dinobatkan Juara HeroDewi Remaja 2023! Bawa Pulang RM10,000

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Karakter & Aura Sendiri’ – Arabella Enggan Disamakan Dengan Anna Jobling

Ketinggian jadi bahan?

Aiman Ameer

Ketika ditemui OhBulan!, Ameer atau nama lengkapnya Che Aiman Ameer Che Kamarudin berkata persepsi tersebut bagaimanapun tidak menghalang dirinya untuk mengejar impian bergelar seorang pelakon.

Jelas Ameer, tiada perkara yang mustahil jika dilakukan dengan minat dan kesungguhan.

Persepsi begini (kurang ketinggian) banyak kali saya hadap. Sejujurnya kalau suatu ketika dahulu mungkin saya akan terasa bila lihat orang lain lebih tinggi.

Tetapi bila fikir balik, ada sahaja pelakon terkenal seperti Tom Cruise, Jackie Chan dan ramai lagi sebenarnya ‘made it to international’ ke tahap Holllywood.

Saya percaya dan yakin tiada yang mustahil. Ramai sahaja pelakon yang tidak begitu tinggi. Lagipun saya tidaklah rendah sangat dan tidaklah tinggi sangat, tinggi saya 170cm.

Ameer berkata demikikan ketika ditemui pada sidang Final HeroDewi Remaja 2023 yang berlangsung di CIDB, Cheras pada Jumaat.

Dalam pada itu, jejaka berusia 23 tahun itu berkata ketinggianya pernah dijadikan bahan ejekan.

Pernah jadi bahan kawan-kawan, tapi saya tidak pernah ambil hati atau terasa. Saya anggap semua ada kelebihan sendiri, mungkin orang persendakan saya sebab mereka dengki atau cemburu.

Saya selalu pegang, bila orang bagi kita sampah, kita jangan ambil sampah itu, kita balas cakap ‘terima kasih’.

Ejekkan itu tidak halang untuk saya mencapai cita-cita yang diimpikan.

Terdahulu, Ameer dinobatkan sebagai Hero Remaja 2023 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta selempang. Manakala Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh gadis kelahiran Sarawak iaitu Nurel.

SKIP THIS AD ×