
Dunia fesyen dan hiburan tanah air sememangnya dipenuhi dengan pelbagai ragam selebriti, namun bagi pereka fesyen Januar Haikal, satu nama yang benar-benar diingatinya sehingga kini adalah pelakon jelita, Izara Aishah.
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Lebih Selektif, Pilih Naskhah Tentang Keluarga & Kisah Benar – ‘Tak Nak Ambil Drama Asal Boleh’
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Selar ‘Influencer’ Biadab – ‘Jeling Dekat Orang, Sangat Kurang Ajar & Rasa Diri Tu Tinggi’
‘Orangnya sopan’

Menerusi hantaran di platform Threads, Januar tidak teragak-agak untuk menyenaraikan Izara sebagai salah seorang selebriti Malaysia yang mempunyai peribadi baik selain seorang yang menepati masa.
Siapa selebriti malaysia yang paling baik pernah korang jumpa? Selepas berkecimpung didalam dunia fesyen dan hiburan ini, saya dah berjumpa dengan ramai selebriti.
Tapi saya boleh cakap yang Izara Aishah ini menang dalam senarai saya. Pertama kali jumpa, Izara ada photoshoot dekat Furby & Sugar Physical Store, dia datang paling awal berbanding reporter.
Masa itu dia datang salam siap cium tangan siap belanja semua orang makan! Orangnya sopan sangat. Nah medal juara.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Januar turut menyeraikan beberapa nama selebriti lain yang turut dianggap memiliki peribadi yang baik.
Ini antara selebriti yang saya kenal personal, pernah kerja sekali yang betul betul baik, tidak berkira dan tidak dibuat-buat. Apa yang korang nampak dalam tv itu macam itulah juga mereka.
Nama tersebut adalah Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Didie Alias, Kak Lina Pom Pom, Aliff Syukri, Izzue Islam, Diana Amir, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Enot, Shukri Yahaya, Idayu, Sasha Saidin, Saharul Ridwan dan Lah Ahmad.
Sumber: Threads







