
Jurulatih peribadi mendedahkan rahsia pelakon jelita Izara Aishah yang tidak mengambil jalan pintas untuk mengembalikan bentuk badannya selepas bersalin.
Artikel Berkaitan: Dituduh Jeling & Kurang Mesra, Izara Aishah Nafi Dakwaan Halang Individu Masuk Lif – ‘Fitnah Apa Ni?’
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Kecewa Jadi Mangsa Fitnah Usahawan Tudung – ‘Dia Kata Saya Panggil Pekerja Dengan Panggilan Bod*h’
Tiada jalan pintas

Menerusi perkongsian di Threads, jurulatih peribadi yang dikenali sebagai Natty berkongsi perjalanan latihan Izara, 34, dari sebelum hamil anak ketiga sehingga kembali bersenam selepas selesai tempoh berpantang.
Menurutnya, pelakon yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak bergantung kepada sebarang jalan pintas seperti yang sering dipromosikan untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.
Izara 100 peratural natural. Tiada cucuk apa-apa.
Video ini tahun lepas sebelum Izara mengandung bayi nombor 3.
Tambah Natty, antara rutin pemakanan yang diamalkan Izara adalah dengan pengambilan lima biji telur bagi membantu membekalkan tenaga sebelum menjalani latihan.
Resepi dia simple saja iaitu lima biji telur sebelum bersenam.
Sekarang alhamdulillah dah habis pantang dan masanya untuk kembali.
Sumber: Threads @thisiscoachnatty







