
Gara-gara melancong ke Thailand bersama rakan-rakan, personaliti media sosial Shaniena Natasya didakwa mengabaikan suami dan anaknya.
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Hilang Sabar, Selar Netizen Kecam Main Pickleball Dalam Pantang
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Menangis Terima Komen Jelek Tentang Anak
Netizen kurang senang


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Shaniena memuat naik komen seorang individu yang kurang senang melihat Shaniena meninggalkan suami dan anak semata-mata untuk berseronok seorang diri.
Apa punya bini, boleh pula dia seronok bersenang-senang dekat luar, makan sedap-sedap dengan kawan-kawan.
Suami dia dibiarkannya makan apa ada je dekat rumah sambil jaga anak. Boleh pula dia setenang itu seperti orang bujang tak ada suami dan anak.
Nak makan pergi la makan, ajak suami tu sekali. Ini pergi ajak kawan dah kenapa?
Hidup bukan membujang lagi, ni mesti jenis makan sedap-sedap tak ingat suami dan anak. Melantak seorang-seorang je, ingat kawan tu lagi penting.
Suami beri izin

Di hantaran yang sama, Shaniena turut memuat naik perbualan antara dia dan suami di aplikasi WhatsApp sekaligus menafikan dakwaan individu berkenaan.
Berdasarkan perbualan tersebut, suami Shaniena dilihat memberi izin kepadanya untuk bercuti dan mahu melihat dirinya gembira.
Shaniena juga menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang suka menjaga tepi kain orang.
It always the kepochi one.
Sumber: Thread








