
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memaklumkan bakal menerbitkan sebuah buku autobiografi tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Lebih 4 Tahun, Yasin Sulaiman Dibenarkan Pulang Dari Hospital Bahagia’ – Akbar Azmi
Artikel Berkaitan: Malique & Zizi Kirana Kongsi Gambar Di Hospital Bahagia, Netizen Percaya Ada Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman
Buku autobiografi

Pemilik nama Muhammad Yasin Sulaiman, 51, itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di laman Threads.
Saya dalam proses menerbitkan sebuah buku autobiografi 400 muka surat.
Dalam hantaran sama, Yasin turut memuat naik foto yang memaparkan dirinya bersama maestro muzik terkenal, Datuk M. Nasir.
Sekarang tengah memilih gambar yang akan dimuatkan di dalam buku tersebut.
Gambar ini pastilah di antara gambar yang akan diselitkan.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada pelantun lagu Mimpi Laila itu selepas melihatnya kembali aktif.
Selain itu, mereka juga tidak sabar menantikan karya-karya baharu daripadanya.
Terdahulu, Yasin dibenarkan pulang selepas lebih empat tahun menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Untuk rekod, pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Yasin dan mengetepikan hukuman yang sebelum ini dijatuhkan terhadapnya.
Bagaimanapun, penyanyi berkenaan diarahkan untuk ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.
Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap Yasin selepas dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Sumber: Threads








