
Perkongsian terbaharu yang dibuat pelakon dan usahawan, Betty Rahmad telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Lelaki Boleh Ganti Tempat Bade’ – Erma Fatima
Artikel Berkaitan: Umie Aida Cari Jodoh Buat Erma Fatima, Risau Kesihatan Kakak – ‘Ada Yang Bujang Atau Duda Available?’
Erma masak untuk Betty
Menerusi TikTok, Betty atau Norsha Rahmad Ali memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp dirinya yang meminta kakaknya, Erma Fatima untuk menyediakan hidangan makanan tengahari.
Bangun, bangun, masak.
Saya nak datang makan tengahari.
Saya nak makan masak lemak cili padi, ikan goren, ayam goreng dan sayur.
Menerusi perkongsian yang sama, Betty turut memuat naik video beberapa juadah yang disediakan Emra bertemakan lauk kampung seperti ayam masak merah, ikan masak lemak api, kubis goreng dan buah-buahan.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih lebih 70,000 tontonan dan lebih 2,500 komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan mereka terliur melihat masakan Erma dan meluahkan keinginan untuk menjamah juadah tersebut.
Komen netizen



Sumber: TikTok








