Isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan raih pujian dengan produk baru keluarannya untuk pakaian sukan muslimah.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Jadi Asbab Orang Terjebak Dengan Maksiat Yang Kita Lakukan’ – Tya Adnan

Artikel Berkaitan: ‘Kita Dah Terlalu Jauh, Rata-Rata Sekeliling Kita Adalah Maksiat’ – Tya Adnan

Pakaian sukan muslimah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 33, dilihat aktif bersukan ‘pickle ball’ dengan mengenakan pakaian longgar.

Tegasnya, wanita tidak perlu berpakaian ketat untuk kekal aktif.

Tak semestinya aktif kena ketat.

Oversized, labuh depan belakang. Sesuai untuk wanita aktif macam anda.

‘Suka la tengok Tya sekarang’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kuat dengan kenyataan Tya untuk para muslimah mengenakan pakaian longgar ketika bersukan. Selain itu, warganet turut memuji penampilan isteri kepada aktor Blood Brothers: Bara Naga itu yang menutup aurat sepenuhnya.

Sumber: Instagram @sigadistya