
Isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menjawab persoalan segelintir netizen berkaitan kemunculan dirinya di media sosial walaupun sudah berniqab.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah, Netizen Beri Sokongan Penuh – ‘Nak Aktif Tak Semestinya Kena Ketat’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Jadi Asbab Orang Terjebak Dengan Maksiat Yang Kita Lakukan’ – Tya Adnan
Muncul untuk syariat

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 33, berkata kemunculannya di media sosial bukanlah untuk mengejar populariti.
Sebaliknya, untuk menormalisasikan syariat dan ingin membantu generasi yang akan datang.
Jelas Tya, niatnya hanya untuk membantu generasi yang akan datang.
Mereka kata, ‘Kalau dah berniqab, duduk rumah diam-diam. Tidak perlu post di media sosial’.
Tapi kalau semua wanita berniqab diam, siapa yang nak normalisasikan pakaian yang Allah redha?
Kami bukan muncul untuk populariti. Kami muncul untuk menormalisasikan syariat.
Bukan untuk populariti. Tapi untuk generasi.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Tya yang dilihat mahu menormalisasikan syariat pada masa kini.
Menurut netizen, tidak ramai yang mahu melakukan perjuangan sebegitu dan disebabkan itu mereka menyokong usaha Tya.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

