![[VIDEO] Jenazah Adik Zara Masih Utuh Meskipun Sudah 23 Hari Dikebumikan](https://asset.ohbulan.com/2025/08/JasadArwahZaraMasihUtuh.jpg)
Semalam, telah selesai proses penggalian kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan dakwaan buli di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Mahu Keadilan Buat Adik Zara Qairina – ‘Kita Tak Boleh Diam, Apa Lagi yang Ditunggu?’
Jasad arwah masih utuh
Ketika proses penggalian, ramai yang hadir memberikan sokongan di sekitar kawasan perkuburan dengan melakukan sesi siaran langsung bagi memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai.
Apa yang mencuri perhatian ialah perkongsian yang dibuat pemilik akaun bernama @kayumerah8 yang menemu ramah seorang individu dipercayai terlibat dengan proses penggalian kubur arwah Zara.
Menurut individu itu, jasad arwah Zara masih utuh meskipun sudah 23 hari dikebumikan.
Allahuakhbar, Allahuakhbar,kuasa Allah. Kita dapat perkhabaran yang ada di tanah perkuburan semasa menggali.
Jasad arwah seperti biasa, ia dikhabarkan oleh saudara ini yang berada di sana.
Jenazah arwah masih utuh, wajahnya seperti semalam (sebelum dikebumikan), ini dikhabarkan oleh ibu arwah.
Wajah arwah utuh seperti baru semalam, Alhamdulillah Allahuakhbar. Terima kasih atas infonya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya sebak mendengar perkhabaran dan perkongsian tersebut.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar keadilan terhadap kematian arwah Zara dapat ditegakkan.
Mereka juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses penggalian semula kubur arwah.
Terdahulu, proses penggalian semula kubur arwah Zawa berakhir pada pukul 7.15 malam, Sabtu.
Tindakan itu dibuat susulan arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan bedah siasat dijalankan yang dijangka akan dilakukan pada jam 9 pagi hari ini.
Sekadar info, Zara Qairina yang baru berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)